Apa itu Lokcing?



LOKCING atau sate ikan sangat terkenal di pantai timur kerana keunikan dan keenakan rasanya.
Makanan unik itu dipercayai berasal dari selatan Thailand yang dijadikan sebagai hidangan di waktu santai.
Nama lokcing pula diambil daripada perkataan Thailand yang membawa maksud ‘bebola bakar’.
Ramuan asas lokcing diperbuat daripada ikan dikisar lumat bersama tepung kanji. Bahan tersebut kemudiannya diuli menjadi bebola seperti bentuk guli.
Sate ikan ini sedia dimakan begitu sahaja namun aromanya lebih menyelerakan jika dipanggang atau dibakar.
Tidak lengkap sekiranya tiada pencecah pedas atau manis bagi meningkatkan selera.
Jika di pantai timur, kebiasaannya sate ikan ini dijual oleh peniaga kecil di tepi jalan atau penjaja bermotosikal

Comments